Thursday, 30 June 2011
PENGGUNAAN TASBIH
Tasbih memang sudah tidak asing lagi bagi kita umat Islam, ia dibuat dan dikumpulkan dalam beraneka corak dan bentuk dari sumber yang berlainan. Jumlahnya juga tidak sama, akan tetapi kelaziman yang kita dapati jumlah kiraan tasbih selalunya diliputi dalam lingkungan 99 atau kiraan 33, 33, 33 dengan dua pemisah ada juga yang dibuat dalam kiraan 11,11,11 dengan dua pemisah (Satrah) yang menjadikan jumlahnya sebanyak 33.
Penggunaan tasbih dikalangan kita umat islam memang tidak dapat dinafikan ia merupakan alat yang paling popular digunakan bagi membilang ketika berwirid ataupun berzikir.
Jika awda pernah berkunjung ke Tanah Suci Mekkah atau Medinah dan di persekitaran kawasan tanah Arab kita akan mudah mendapati berbagai jenis tasbih yang dijual, ini akan lebih ketara lagi dapat dilihat pada musim haji dan umrah.
, Tasbih adalah merupakan ucapan-ucapan yang bertujuan membersihkan atau mensucikan Allah Subhanahu wa Ta’ala daripada segala sesuatu yang tidak layak bagi nya, dalam ertinya yang lebih jauh lagi adalah merupakan puji-pujian kepada Allah s.w.t..
Tasbih pada kelazimannya digerakkan oleh jari-jari khususnya ibu jari jari telunjuk dan jari hantu. Kamus “Lisan Al’ Arab dan kamus “Taj Al-Urus mentakrifkan sebagai “Al Subhah atau Al Tasbih ialah beberapa biji marjan, atau manik, atau lainnya yang disusun berantai dengan benang yang dengannya orang bertasbih menghitung zikir tasbihnya.”
Manik atau marjan yang dipakai untuk menghitungkan zikir tasbih itu, disebut oleh orang arab SUBHAH atau MISBAHATUN, semenatara orang kita menyebut sebagai ‘tasbih. Justeru itu jika ‘tasbih ‘ dikaitkan dengan MISBAHATUN dan dikaitkan pula dengan zikir, maka tasbih berkenaan adalah alat (tasbih) yang dimainkan atau digerakkan oleh jari jemari untuk menghitung zikir yang dibaca atau sambil berzikir dengannya. Menurut sejarah , Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam menghitung sebahagian daripada zikir Baginda menggunakan jari.
Sebahagian para ulama pula, selain menghitungnya dengan jari-jari, juga menghitungnya menggunakan batu-batu kecil, biji-bijian dan sebagainya
Telah dinayatakan bahawa manfaat dan khasiat memakai tasbih itu antaranya ialah sebagai saksi diakhirat kelak. Disebutkan dalam kitab Ahsan Al Kalam : Apabila Nabi Sallallahu alaihi Wassallam bersabda
( “ Dan hitunglah zikir itu dengan jari-jari, kerana ia akan bertanggunjawab dan akan bercakap (sebagai saksi) di akhirat.”……..)
Maknanya, ketika di akhirat tasbih yang digerakkan atau dimainkan oleh jari itu akan ditanya dan akan bercakap di akhirat sebagai saksi bahawa orang yang berzikir telah berzikir melaluinya.
Jadi manfaatnya : “ Tasbih itu akan menjadi saksi diakhirat bagi orang yang berzikir .” Tasbih juga adalah merupakan sebagai pendorong berzikir , Imam As Suyuti Rahimahullah berkata: “ Di antara faedah memakai tasbih ialah mendorong dan membantu berzikir kepada Allah secara terus menerus di mana setiap kali seseorang itu melihat tasbih, dia akan teringat bahawa tasbih itu adalah salah satu alat berzikir, lalu dia akan terus berzikir.”
Katanya lagi : “ Alangkah baiknya tasbih dianggap sebagai salah satu sebab untuk terus-menerus berzikir kepada Allah. Dan untuk inilah sebahagian ulama menamakannya sebagai “jalan penyampai” atau “penghubung”, dan sebahagian mereka menamakannya sebagai “ pengikat hati”. Jelas kepada kita bahawa Tasbih itu boleh dijadikan sebagai pendorong dan membantu untuk terus menerus berzikir.
Tasbih yang dipakai itu juga dikatakan boleh dijadikan sebagai pengerun dan menakutkan orang-orang yang berniat jahat. Tasbih juga boleh membantu menambah khusyu’, ini jelas apabila seseorang menghitung-hitung tasbihnya, dia ditanya: “ Adakah tuan menghitung kepada Allah?’ Dia menjawab, “ Tidak, akan tetapi aku menghitung baginya.”
Maknanya kebanyakkan zikir yang perlu dihitung pada umumnya adalah berdasarkan anjuran sunnah tidak dapat dihitung hanya dengan jari-jari sahaja, dan jika pun dapat menghitungnya dengan jari-jari, tentu sekali perhatian menghitung itu akan menghilangkan khusyu’. Dengan adanya kemudahan yang sedia ada sekarang memudahkan lagi pembuatan tasbih yang digunakan untuk beribadat iaitu berzikir kepada Allah. Olahannya yang begitu teliti dan menarik menambahkan minat yang meningkat dikalangan mereka yang gemari berzikir menggunakannya sebagai riadah tangan di mana sahaja mereka berada. Tentulah keadaan ini juga adalah merupakan membawa kepada kegiatan beramal dan beraikir yang berpanjangan disetiap waktu. Pada masa ini, tasbih pada umumnya disusun mengandungi 100 atau 33 biji berdasarkan bilangan zikir iaitu “Zikir Fatimah” yang selalu diamalkan oleh umat islam di rantau ini setiap selesainya mengerjakan solat.
Ramai para ulama, orang-orang kenamaan dan orang awam sama ada, di dalam masjid atau ditempat-tempat lain, memakai dan menjadikan tasbih sebagai riadah jari-jari di samping meningkatkan mengingati Allah untuk mendapatkan keredhaannya.
Tasbih yang kami hasilkan adalah menggunakan kayu kayu dari hutan tempatan yang mempunyai khasiat tersendiri seperti kayu tolong tolong(raja kayu), kayu madang sisik, cendana, sakang seribu. Bentuk tasbih yang kami hasilkan juga mempunyai rekabentuk tersendiri.
BILA USIA MENJELANG EMPAT PULUH…
Waktu berlari dengan pantas. Detik, jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus beredar dalam kealpaan insan atau sedar. Waktu yang berlalu tidak pernah menunggu persetujuan kita, atau menunggu sambutan tahunan. Samada ia disambut, atau ia tentang tiada siapa dapat menghalang perjalanannya. Ia terus datang dan pergi. Berlari tanpa henti. Dalam setiap nafas insan yang disedut atau dihembus keluar, waktu terus beredar.
Waktu tidak pernah hirau yang mati atau yang hidup. Waktu terus datang tanpa diundang, dan ia akan berlalu tanpa dihalang. Waktu adalah makhluk makhluk Tuhan yang paling ajaib. Berulang kali dalam al-Quran yang suci, Allah bersumpah dengannya; Demi masa! Demi waktu fajar! Demi waktu malam! Demi waktu dhuha! Demi waktu subuh dan seterusnya. Ciptaan yang maha ajaib.
Tiada raja, tiada penguasa yang mampu menghalang waktu dari beredar. Kita adalah makhluk Allah yang dipenjara dalam ikatan waktu. Tidak mampu keluar dari sistemnya walaupun sedikit, melainkan dengan izin Allah jua. Jika Allah mahu, nilaian dan kadar waktu kita akan berbeza atas kurniaan keberkatan dari Pencipta waktu iaitu Allah Yang Maha Agung
Saya menulis tulisan ini ketika melihat tanpa mampu menghalang usia sendiri yang makin bergerak menuju 40 tahun. Tak berapa lama lagi, angka itu akan menjelang. Ramai orang berfalsafah tentang usia empat puluh. Ada yang berkata ia permulaan ‘kenikmatan hidup’, ada pula yang berkata ia adalah permulaan tarikh luput kehidupan. Ada yang berkata ia detik untuk mula berpesta dengan hidup. Ada yang kata usia empat puluh mula jadi ‘orang tua’. Ya! empat puluh juga menamatkan usia ‘pemuda’ dalam banyak organisasi.
Usia 40 Dalam Al-Quran
Jika kita kembali kepada Allah, Tuhan yang mencipta usia insan, Yang menentukan panjang atau singkatnya, maka kita dapati Al-Quran memberikan ingatan tentang usia 40 tahun dengan penuh makna dan menusuk jantung hati. Demikian Allah berfirman: (maksudnya)
“dan Kami berpesan kepada insan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan kepayahan dan melahirkannya dengan kepayahan, dan tempoh mengandung beserta menceraikan susunya ialah tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, maka dia berdoa: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk kebaikan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)” (Surah al-Ahqaf: 15)Bagi yang dapat memahami bahasa Arab, dapat merasai keindahan bilah-bilah ayat di atas. Ia tersusun dengan cantik, indah dan penuh kerohanian. Ia menusuk kalbu, menusuk rohani yang lesu lantas mengheret insan ke dataran Tuhan. Ia mengingatkan tentang perjalanan insan; dari hari dia dalam kandungan ibunya, sehingga dilahirkan, sehingga matang, sehingga berusia empat puluh.
Lalu dia diajar agar berdoa untuk dirinya, untuk keturunannya dan agar dia bertaubat atas segala dosa yang dilalui sebelum menjelang empat puluh. Maka dia pun menjadi insaf yang benar-benar menyerah diri atau muslim. Dengan ayat ini, insan yang insaf tersentuh jantung hatinya, perasaannya tersentak, rohaninya sebak lalu dia terduduk insaf, taubat, ibadat dan terus membasahi perjalanan hidupnya dengan linangan airmata takwa sehingga bertemu Allah.
Keinsafan
Allah dalam ayat di atas mengingatkan insan tentang sejarah hidupnya yang pernah dikandung ibu, agar dia tidak lupa setelah lama hal itu berlalu. Insan diingat tentang payahnya pengorbanan tersebut. Setelah dia dilahir dalam keadaan yang sukar itu, dia mula melalui perjalanan hidup sehingga ke usia matang. Al-Quran tidak pula menyebut tentang berapakah usia matang tersebut. Para mufassirin berbeza pendapat. Namun, ia barangkali sekitar antara 30an ke 40an. Ada yang lebih awal, dan ada pula yang mungkin terlambat. Apapun, insan apabila sampai usia empat puluh maka itu adalah tarikh yang wajib untuk dia mengingati dan menginsafi hakikat kehidupan yang dilaluinya selama ini.
Perjalanan hidup; pahit manis, suka duka, cubaan dan kurniaan, halangan dan laluan kesemuanya menjadi bekal untuk dia meneliti dan memahami ‘apakah makna sebuah perjalanan hidup dan ke mana jalan yang hendak dituju?’. Dalam suasana keinsafan itu, dia lantas berdoa dengan penuh harap agar Allah memberikannya kurnia perasaan ‘kesyukuran’ atas segala nikmat yang diperolehi selama ini. ‘Syukur’ adalah tanda atas keinsafan terhadap hakikat diri bahawa segala nikmat ini hanyalah dari Allah. Maka, hilanglah bongkak, hilanglah sombong, hilanglah bangga diri dan terasa kerdil atas segala yang dinikmati.
Kesombongan
Kesombongan atau bongkak adalah musuh insan. Kesombonganlah yang menimbulkan pemusuhan antara Iblis dan Adam, kesombonganlah yang menjadikan Iblis dilaknat. Kesombongan juga yang menyebabkan Firaun dan Qarun menolak dakwah. Kesombonganlah yang menyebabkan ada insan yang dihina kerana kekurangan yang ada padanya. Kesyukuran membunuh kesombongan. Usia 40 tahun, usia yang menghalau kesombongan, bukan usia untuk mendabik dada dengan menyatakan ‘aku, aku dan aku..’ tetapi usia yang mengingatkan insan untuk berkata ‘segalanya nikmat Allah’. Hilang bongkak, lalu nikmat ibadah pun menjelang dan insan memohon kurnia agar dia dapat terus beribadah dengan cara yang diredhai Allah. Pada usia ini, teringat pula tentang zuriat yang bakal muncul dalam kehidupan, lantas insan pun berdoa untuk zuriatnya seperti yang Allah ajar dalam ayat di atas.
Selepas itu, menginsafi perjalanan hidup selama empat puluh tahun, insan pun berkata “Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)”. Bergabunglah keinsafan, taubat dan penyerahan. Maka berdasarkan ayat dalam Surah al-Ahqaf ini, kita diajar untuk bertaubat apabila menjelang usia 40 tahun. Kata al-Imam Ibn Kathir (w. 774H):
“Ayat ini memberikan petunjuk bahawa insan apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah, serta bersungguh-sungguh mengenainya” (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/281. Saudi: Dar al-Tibah).Ganjarannya..
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya)
“mereka (yang bersifat seperti itu) itulah orang-orang yang Kami (Allah) terima dari mereka amalan yang baik yang mereka telah amalkan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahan mereka; (mereka akan dimasukkan) dalam ahli syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka”. (Surah al-Ahqaf: 16).Indahnya janji dari Yang Maha Benar. Diterima segala kebaikan, diampun kesalahan dan dimasukkan ke dalam syurga. Alangkah indahnya. Soalnya, mampukah diri memulakan azam baru dan beristiqamah atasnya?! Berikanlah pertolonganMu Ya Allah!
Kematangan
Usia 40 tahun adalah usia yang mengajakkan kita untuk bersungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kedangkalan ketika usia muda yang lepas, lebih santun, lebih berhati-hati, melempar jauh kegopohan lepas, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Usia 40 adalah usia matang yang berbekalkan pengalaman empat dekad. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (Riwayat al-Bukhari).Usia 40 usia adalah tanda aras usia insan yang insaf, syukur, merendah diri, ibadah, harapan, taubat dan penyerahan. Usia 40 adalah usia bersungguh-sungguh dalam memikul amanah, membuang kedangkalan, mengambil iktibar dari pengalaman dan bertindak dengan hikmah dan kebijaksanaan. Ya Allah! Selamat kami pada usia ini sehingga kami bertemuMu!
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Wednesday, 29 June 2011
Hukum Sedekah Al-Fatihah Kepada Nabi S.a.w -Bahagian 1
Tuntutan: “Pada Menyatakan Hukum ‘Harus’ Menghadiahkan Pahala Bacaan Surah Al-Fatihah Dan Seumpamanya ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Serta Mengucapkan Lafaznya (al-Fatihah), Bertujuan Untuk Menambah Kemuliaan Baginda.”**
Terjemahan Oleh: Mohammad Taha Hj. Hassan
(Soalan )10. (Imam Ibnu Hajar al-Haitami) ditanya: Berkenaan seorang lelaki yang mengucapkan ‘al-Fatihah’ bertujuan untuk menambahkan kemuliaan nabi Muhammad s.a.w. (bersedekah membaca al-Fatihah). Kemudian bangun seorang lelaki daripada kalangan ahli ilmu (setelah mendengar ucapan itu), lantas berkata kepada lelaki tersebut: “Kamu telah kafir! Jangan ulangi kata-katamu ini, (ucapan sedekah al-Fatihah). Sekali lagi ia boleh mengkafirkan kamu!!”
Adakah (benar) perkara tersebut? Adakah harus untuk mengatakan kepada seseorang yang menlafazkan ucapan (sedekah) al-Fatihah tersebut sewenang-wenangnya boleh mengatakan “Kamu telah kafir” atau “Kamu kafir”? Apakah balasan (hukuman) yang mesti dikenakan ke atas orang yang melemparkan ungkapan ‘kafir’ tersebut? Pada masa yang sama, sangkaan beliau adalah merupakan daripada kalangan ahli ilmu?
Maka saya (Imam Ibnu Hajar al-Haitami) menjawab - Semoga Allah meluaskan kedudukan (kekalan dan kewujudan) nabi Muhammad s.a.w. serta memanfaatkan ilmu dan keberkatannya – Bukanlah lelaki yang mengatakan sedemikian rupa (lafaz kafir) kepada lelaki yang mengungkapkan ‘al-Fatihah’ (hingga seterusnya) adalah merupakan ciri seorang daripada kalangan ahli ilmu, bahkan kata-kata dan keingkarannya menunjukkan bahawa itu adalah kejahilan dan keterlampauan dirinya. Sesungguhnya beliau tidak memahami apa yang dikatakan dan tidak pula mengetahui apakah kesan (akibat) yang akan dikenakan ke atas dirinya tentang perkara tersebut berdasarkan ketetapan ulama terhadap kejahilan dan kefasikan dirinya. Ketetapan ulama ke atas dirinya (orang yang mengatakan kafir) adalah di sebabkan sikap ‘At-Tahawwur’ (terlalu cepat memutuskan hukum tanpa dalil yang lengkap dan fahaman yang benar). Bagaimana beliau mengkafirkan seorang muslim, di mana tiada seorang pun yang mengkafirkannya? Bahkan kedapatan pendapat daripada sekumpulan ulama Mutaqaddimin (terdahulu) dan Mutaakhirin (terkemudian) yang menyatakan hukum ‘Istihsan’ (perkara yang dilihat baik) pada perkara tersebut (sedekah al-Fatihah). Seperti mana akan saya jelaskan pada anda berkenaan kalam mereka (tentang perkara ini).
Oleh yang demikian, sekiranya beliau (orang yang berkata kafir) itu bertujuan mengkafirkan atas nama agamanya (Islam) dengan ungkapan kafir (kafir secara sengaja), maka beliau juga turut kafir, dan hendaklah dipancung lehernya jika beliau tidak bertaubat. Kerana beliau menamakan Islam itu kafir. Sekiranya beliau tidak bermaksud untuk mengkafirkannya atas nama Islam, ‘haram’ ke atasnya terhadap keingkaran yang dilakukan. Di samping beliau berhak mendapat hukuman dan ‘Ta’dib al-Baligh’ (tindakan tata tertib dan adab disiplin yang ketat) serta ‘wajib’ ke atas hakim Syariah al-Mutahharah untuk melaksana –Semoga Allah memberi petunjuk dan membawanya ke jalan kebaikan- hukuman dan ta’zir ke atasnya, berdasarkan kesesuaian terhadap keterlampauannya yang buruk serta ‘Tahawwurat’ yang dahsyat ini.
Telah sampai (khabar) kepada saya (Imam Ibnu Hajar al-Haitami) bahawa sesungguhnya lelaki tersebut dihukum (balasan) dengan (lontaran yang sama oleh hakim syariah) iaitu hukuman ‘kafir’. Dan beliau diminta untuk bertaubat serta disuruh untuk melafazkan 2 kalimah syahadah (untuk memperbaharui Islamnya). Dan ini adalah kesilapan daripada dirinya sendiri di sebabkan keterlampauan melakukan dosa, kefasikan dan berkelakuan buruk terhadap Allah s.w.t dan nabi Muhammad s.a.w serta syariatnya yang agung, di mana berlaku sesuatu pada syariat Allah s.w.t satu perkara yang tidak pernah berlaku sebelumnya (iaitu isu mengkafirkan orang Islam yang lain tanpa sebab).
Sekiranya dakwaan kafirnya itu selamat (betul) sekalipun, adalah menjadi suatu kewajipan padanya untuk mengenal (mengajar) kepada orang awam (yang tidak mengetahui) terhadap perkara tersebut. Sekiranya (mereka) taat pada ajaran tersebut, maka ia adalah satu perkara yang jelas. Dan sekiranya bertentangan dengannya (perkara yang dilakukan oleh orang awam), maka larangilah ia. Dan ada pun apabila berlaku keadaan secara tiba-tiba terkeluar daripada (mulut) orang awam tersebut, satu kalimah yang tidak difahami seorang pun melainkan ia bertujuan untuk memuliakan dan memberi penghormatan untuk kedudukan nabi Muhammad s.a.w yang tinggi (terpuji), dalam masa yang sama seseorang telah mengkafirkannya (orang awam) atau mengungkapkan kalimah seumpamanya (seperti musyrik), di sebabkan hanya kalimah yang keluar daripada mulut orang awam tersebut, maka ia menunjukkan kejahilan dan kebodohan orang (si pendakwa) tersebut. Sesungguhnya beliau tidak mengetahui syarat Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar serta sebab yang membawa kepada kekufuran manusia dan perkara yang tidak mengkufurkannya. Cukuplah, anda sebagai saksi terhadap apa yang berlaku tentang permasalahan yang banyak diperkatakan oleh ulama mengenainya (masalah sedekah al-Fatihah), di samping ketidakcukupan (terhimpun) ilmu lelaki ini (orang yang mendakwa kafir). Dan tiada penyelesaian pada lelaki tersebut terhadap perkara yang difahaminya. Oleh yang demikian, beliau hendaklah merujuk perkara yang tidak diketahui kepada ahlinya yang mengetahui (ulama) untuk mereka menerangkan kepadanya berkaitan hukum dan kalam ulama tentang perkara tersebut. Bukanlah perkara ini satu cipta reka dari ulama Mutaakhirin, bahkan ia ada dinyatakan oleh ulama agung daripada kalangan Mutaqaddimin seperti imam al-Hulaimi dan sahabatnya imam al-Baihaqi. Cukuplah bagi anda untuk kedua orang imam yang hebat ini serta pengikutnya daripada kalangan ulama Mutaakhirin, iaitu seorang penyunting mazhab (yang terkenal) imam Abu Zakaria Nawawi Rahimahullah Ta’ala, di dalam kitabnya ‘Raudhah’ dan ‘Minhaj’.
Beliau (imam Nawawi) berkata di dalam kedua-dua kitabnya;
( صلى الله عليه وسلم وزاده فضلا وشرفا لديه )
Bermaksud: “Allah berselawat dan memberi salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w., dan ditambahkan penghormatan serta kemuliaan di sisinya (Allah s.w.t)”.
Cukuplah untuk anda dengan 2 kitab ini, seolah-olah orang yang mengingkari tidak pernah membaca isi yang terkandung di dalam kitab al-Feqh (mana-mana mazhab yang muktabar) dan tidak pula al-Minhaj (mazhab khas imam Syafie). Inilah keadaan orang yang mengkafirkan orang lain, bagaimana beliau begitu mudah (cepat) dengan mengingkari perkara ini serta memutuskan sesuatu hukum tanpa dalil yang lengkap dan fahaman yang benar?! Jika anda mengetahui (merujuk) tentang penjelasan imam Nawawi mengenainya (sedekah al-Fatihah) di dalam kedua kitab ini (Raudhah dan Minhaj), yang mana keduanya adalah merupakan (sandaran & rujukan kitab) bagi penghulu mazhab (mazhab imam Syafie), nescaya anda mengetahui kebatilan dakwaan pengingkaran terhadap orang yang jahil ini.
Sesungguhnya sangkaan beliau mengenai ‘penambahan kemuliaan’ untuk nabi Muhammad s.a.w itu adalah merupakan kedudukan asal baginda yang kurang (rendah), hanyalah tanggapan yang batil dan tiada dalil mengenainya. Sebagaimana (kenyataan ini) telah dijelaskan oleh 2 tokoh imam yang hebat, iaitu imam Hulaimi dan imam al-Baihaqi terhadap penyelewengan dan kebatilannya. Ibarat (contoh) yang pertama seperti yang terkandung di dalam kitab Syua’b al-Iman: Apabila kita berkata:
“للهم صل على محمدا”
Maka, sesungguhnya kita (sebenarnya) menginginkan: “Ya Allah! Kurniakan keagungan nabi Muhammad s.a.w di dunia dengan mengangkat sebutan (namanya), menzahirkan agamanya (Islam), mengekalkan syariatnya. Dan di akhirat pula dengan mendapat syafaat baginda nabi untuk umatnya, diberikan ganjaran dan pahala, mendahulukan kemuliaannya daripada umat-umat yang terdahulu dan yang terkemudian dengan kedudukan yang terpuji serta kebersamaannya dengan kumpulan al-Muqarrabin yang menyaksikan (kewujudan dan kesaan Allah s.w.t).”
Berkata imam al-Hulaimi: “Dan inilah perkara-perkara yang telah Allah s.w.t wajibkan (memberikan kelebihan) untuk nabinya Muhammad s.a.w (hak untuk baginda), dan setiap sesuatu dari kelebihan tersebut memiliki darjat dan kemuliaan. Sesungguhnya harus hukumnya jika salah seorang daripada umatnya berselawat, kemudian memohon kepada Allah s.w.t untuk memperkenankan doanya dengan (susunan ayat pujian) bagi menambahkan kemuliaan nabi pada setiap perkara (keadaan) yang kita namakan sebagai kedudukan dan darjat (yang mulia). Dan inilah tujuan maksud selawat yang sebenar, iaitu menunaikan hak nabi s.a.w dan mendekatkan diri dengan ucapan selawat kepada Allah s.w.t. Seterusnya, kenyataan yang menunjukkan di atas ucapan kita;
“اللهم صلى على محمد صلاة منا عليه”
Sesungguhnya kita tidak memiliki untuk sampai ke tahap hakikat selawat Allah s.w.t ke atas junjungan nabi terhadap apa yang diagungkan oleh Allah s.w.t untuk kemuliaan darjat serta kedudukan baginda di sisinya. Itu semua tertakluk di bawah kekuasaan Allah s.w.t. Maka, benarlah bahawa selawat kita untuk nabi s.a.w adalah ‘doa’ untuk baginda serta pengharapan daripada Allah s.w.t untuk pujian padanya.” – selesai kalam al-Hulaimi di dalam kitabnya Syua’b.-
Perhatikan kata-kata imam al-Hulaimi:
“وإجزال أجره ومثوبته”
Bermaksud: “Limpahkan ganjaran dan pahalanya.”
Dan ungkapannya:
“أن يزاد النبي صلى الله عليه وسلم”
Bermaksud: “(Untuk) ditambahkan ( kedudukan) nabi s.a.w.…”, hingga ke akhirnya.
Anda akan dapati secara jelas (terhadap ungkapan imam al-Hulaimi), bahawa sesungguhnya penambahan kedudukan (kemuliaan) nabi Muhammad s.a.w dapat diterima dari segi perkara ‘pahala’ dan selainnya, berikutan (hasil) dari perkara-perkara yang boleh menambahkan kemuliaan dan kebesaran baginda s.a.w. Perkara ini dikuatkan lagi, bahawa sesungguhnya baginda nabi s.a.w adalah makhluk yang paling sempurna dan paling baik di kalangan mereka sehingga tidak dapat dibilang dan dikira ciri-ciri pujian kesempurnaannya yang tinggi. Bahkan kedudukan baginda sentiasa bertambah terhadap pujian tersebut dan tiada had ke penghujungnya. Kedudukan demi kedudukan yang mulia hasil dari (doa dan pujian tersebut), ia tidak dimaklumkan (diketahui) ke atas diri orang tersebut (lelaki yang bersedekah al-Fatihah) dan yang mengetahui keadaan tersebut hanyalah Allah s.w.t. Oleh yang demikian, sifat kesempurnaan baginda nabi s.a.w bersama keagungan Allah s.w.t tidak melarang (lelaki tersebut) untuk menyampaikan hajatnya bagi menambahkan lagi lebih banyak, ketinggian serta (keadaan) berterusan pujian kepada nabi atas kurniaan (kelebihan) Allah s.w.t daripada sifat pemurah dan kemuliaannya. Sesungguhnya tiada penghujung bagi kekayaan Allah s.w.t yang luas dan tidak pula (kurang) kepada sifat kesempurnaan nabi Muhammad s.w.t terhadap kurniaan yang telah dianugerahkan pada perkara tersebut (pujian).
Dan ibarat imam al-Baihaqi pada tafsirnya:
“السلام عليك أيها النبي”
Dan berkemungkinan ia bermaksud: السلامة “Al-Salamah” (yakni keselamatan); iaitu Allah s.w.t berkehendakkan ke atasmu (nabi Muhammad s.a.w) سلام Salam (keselamatan/kesejahteraan). Seterusnya, kalimah السلام ‘al-Salam’ seperti terdapat pada (susunan) kalimah المقام ‘al-Maqam’. Dan المقامة “Al-Maqamah” bermaksud: “Allah menyelamatkan kamu daripada celaan (kecaman) dan kekurangan.”
Maka, apabila anda mengatakan;
“اللهم سلِّم على محمد”
Sesungguhnya anda berkehendakkan: “Ya Allah, tuliskan (takdir di Luh Mahfuz) untuk nabi Muhammad s.a.w terhadap dakwah, umat serta sebutannya, ‘SELAMAT’ dari setiap kekurangan. Maka, ‘tambahkan’ kemuliaan seruan dakwahnya (tauhid, syariat dan agama) pada hari-hari yang berlalu, keberkatan untuk umatnya serta ditinggikan sebutan (nama dan darjatnya),” –selesai-
KISAH SEDIH MELAYU PULAU PINANG
Aku tak tahu bagaimana hendak memulakan tulisan ini, apatah lagi mengenangkan nasib saudara-saudaraku di Pulau Pinang (kawasan pulau) yang nampaknya semakin hari semakin tertekan dengan segala bentuk ‘tsunami pembangunan’ yang akhirnya bakal menyaksikan mereka diusir secara sistematik dari tanah tempat tumpah darah mereka sendiri. Salah siapa semua ini berlaku. kita mulakan dengan soal pemilikan tanah. umum sedia maklum bahawa tanah merupakan negara iaitu kedaulatan kita. hilanganya tanah bermaksud kedaulatan kita kian terhakis dan terhakis. tanpa kita sedari, perkara ini sudah pun berlaku, orang melayu Pulau Pinang kini hanya tinggal 20.41% sahaja. aku membuat kajian terperinci. Hasilnya aku dapati tanah milik orang Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus).
“Secara keseluruhannya tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hanya 20.41 peratus sahaja. peratusan ini amat menyedihkan kerana kalau diikutkan peratusan orang melayu Pulau Pinang sudahpun kehilangan kedaulatan negara atau dalam bahasa yang kasar Pulau Pinang dah tergadai. salah siapa ?. agak menghairankan kerana tiada pemimpin melayu yang betul betul memperjuangkan nasib orang melayu Pulau Pinang selepas 51 tahun kerajaan dahulu memerintah. negarawan yang dilahirkan dari Pulau Pinang cukup hebat sehingga ada yang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia. setahu aku belum ada lagi mana-mana negeri di mana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri datang dari negeri yang sama tetapi entah mengapa, itu pun masih belum cukup untuk membantu nasib orang Melayu di pulau tersebut
Adakah jawatan tersebut masih tidak cukup untuk membantu mengubah nasib orang melayu Pulau Pinang.
Sepanjang 51 tahun, Pulau Pinang diterajui oleh Ketua Menteri dari kaum Cina atas dasar majoriti kaum, sebagaimana Melayu menjadi Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia atas dasar yang sama. Walau pun MCA atau Gerakan yang memimpin kerajaan negeri, mereka sentiasa bersama dengan Umno dan turut dipantau oleh kerajaan pusat yang diterajui oleh Umno.
Sejak pelaksanaan Dasar Ekonomi baru hingga menjelang tahun 1990-an, Pulau Pinang telah dibekalkan dengan infrastruktur pembangunan khusus untuk Melayu semata-mata melalui Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Koperasi Gabungan Negeri serta bantuan dana kepada badan-badan seperti Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan kumpulan-kumpulan berkaitan.
Pada tahun 1993, Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri, anak Pulau Pinang yang pertama memegang jawatan itu. Setelah Anwar dipecat dan dipenjarakan oleh Dr Mahathir Mohamad pada 1998, anak Pulau Pinang kedua Abdullah Ahmad Badawi pula menjawat kedudukan itu. Malah Abdullah menjadi anak negeri pertama yang menjadi Perdana Menteri pada 2003 sehingga terpaksa meletak jawatan pada awal 2009. setahu aku belum ada lagi mana-mana negeri di mana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri datang dari negeri yang sama tetapi entah mengapa, itu pun masih belum cukup untuk membantu nasib orang Melayu di pulau tersebutIni bererti dalam masa 16 tahun lalu, dengan kedudukan jawatan tinggi sedemikian, sepatutnya membolehkan Melayu Pulau Pinang, khususnya yang miskin, diberi lebih keutamaan untuk menyelesaikan masalah kepinggiran mereka. tetapi apa yang berlaku..keadaan menjadi semakin kritikal. apa yang telah depa buat selama ini..bukan kah depa ni sepatutnya menolong dan membela orang melayu. tapi apa yang depa dah buat.salah siapa ..
Aku harap ada seorang pemimpin yang akan tampil memperjuangkan hak orang Melayu Pulau Pinang. walaupun kelihatan agak lambat namun sekurang kurangnya peratus hak milik tanah orang melayu tidak berkurangan. Alangkah baik kalau Kedah mengambil semua Pulau Pinang. Aku tak rela Pulau Pinang menjadi negara republik seperti singapura. Nantikan kisah seterusnya mengenai dilema perniagaan dan pemilikan rumah orang melayu Pulau Pinang.. semoga Allah membantu nasib melayu Pulau Pinang..Aminn..
KEISTIMEWAAN SOLAT BERJEMAAH MENGIKUT KAJIAN SAINS!
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.
Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Wallahualam.
Tuesday, 28 June 2011
CIRI CIRI DAJJAL KECIL DAN DAJJAL BESAR YANG SEBENARNYA.
APAKAH CIRI CIRI SEBENAR DAJJAL.
Pendusta agama islam, bukan dari yahudi. ( Pendusta atau dajjal itu sebenarnya adalah si pendusta yang berasal dari kalangan penganut agama islam termasuklah syiah , bukan dari agama yang lain.)
Bismilah Walhamdalah. Solawatullahi Wasalaamuhu Ala Rasulillah Waman Waalahu.
Dengan kuasa Allah, daku telah mendapat khabar berita yang amat mengejutkan kali akhir ini dizaman awal permulaan akhir zaman bahawa akan ada berita besar kematian seseorang yang disebut sebagai pendusta , sang pendusta kecil sebelum sang pendusta besar maha hebat dan maha menakutkan yaitu al masikhud dajjal laknatullah. Dari khabar yang hampir tidak terpercayakan oleh sebahagian besar umat islam di negara Malaysia dan negara sekitarnya, bahkan oleh para pengikut sang dajjal kecil itu daku mempertahankannya melalui perkhabaran ghaib yang juga tidak ada usul sahihnya untuk dibuat pegangan yang benar. Untuk apa diperdebatkan, untuk apa disiarkan, untuk apa diwar warkan. Sudah pasti dan barang yang pasti setiap perkara batil jangan harus dipelihara dan jangan harus dibiarkan setelah menemukan jalan ikhtiar untuk di lenyapkan. Perbuatan mereka membawa manusia mengagungkan mereka di dunia amat tidak boleh dimaafkan sama sekali. Kesungguhan mereka menawan dan mempengaruhi hati mereka amat hina sekali. Demi semata mata kepentingan dunia peribadi yang amat tersembunyi di dalam hati dengan menzahirkan syariat nabi dan meninggikan seruan ilahi.
TERSENARAI SEBAGAI PENDUSTA ALLAH DAN RASUL.
Pendusta agama islam, bukan dari yahudi. ( Pendusta atau dajjal itu sebenarnya adalah si pendusta yang berasal dari kalangan penganut agama islam termasuklah syiah , bukan dari agama yang lain.)
Bismilah Walhamdalah. Solawatullahi Wasalaamuhu Ala Rasulillah Waman Waalahu.
Terlebih dahulu daku memanjatkan syukur ke hadrat ilahi yang telah memperkenankan diri dan hati sanubariku menyampaikan khabar khabar dari sekalian khabar yang menggembirakan umat islam yang saat ini dinanti nantikan kelahiran dajjal besar dan kecil itu. Walau apa sekalipun tanggapan dan pandangan para penunggunya..daku mahu bertanya dengan mu..untuk apa kita tunggu sang pendusta..? Bukankah menilik diri dan menghisb amalan diri adalah lebih mulia dan dituntut dari menantikannya datang. Malah kehadiran mereka sebenarnya tidak disedari kita yang menanti nantikannya selama ini. Ternyata kita telah melepasi hampir dua puluhan dajjal yang daku sendiri tidak mengenali mereka.
Dengan kuasa Allah, daku telah mendapat khabar berita yang amat mengejutkan kali akhir ini dizaman awal permulaan akhir zaman bahawa akan ada berita besar kematian seseorang yang disebut sebagai pendusta , sang pendusta kecil sebelum sang pendusta besar maha hebat dan maha menakutkan yaitu al masikhud dajjal laknatullah. Dari khabar yang hampir tidak terpercayakan oleh sebahagian besar umat islam di negara Malaysia dan negara sekitarnya, bahkan oleh para pengikut sang dajjal kecil itu daku mempertahankannya melalui perkhabaran ghaib yang juga tidak ada usul sahihnya untuk dibuat pegangan yang benar. Untuk apa diperdebatkan, untuk apa disiarkan, untuk apa diwar warkan. Sudah pasti dan barang yang pasti setiap perkara batil jangan harus dipelihara dan jangan harus dibiarkan setelah menemukan jalan ikhtiar untuk di lenyapkan. Perbuatan mereka membawa manusia mengagungkan mereka di dunia amat tidak boleh dimaafkan sama sekali. Kesungguhan mereka menawan dan mempengaruhi hati mereka amat hina sekali. Demi semata mata kepentingan dunia peribadi yang amat tersembunyi di dalam hati dengan menzahirkan syariat nabi dan meninggikan seruan ilahi.
TERSENARAI SEBAGAI PENDUSTA ALLAH DAN RASUL.
Sesungguhnya mereka itu adalah para pendusta yang amat tidak disedari oleh manusia dan tidak disedari oleh dirinya sendiri juga oleh para pengikutnya, melainkan sebahagian kecil dari mereka menyaksikan perbuatan orang atasan mereka yang angkuh dan zalim dalam diam. Menindas golongan bawahan bagaikan semut dan anai anai memerah tenaga dan keringat dengan piagam "Sami'naa Wa Ata'naa...Ghufraanaka Rabbanaa Wailaikal Mashir" Kami dengar apa yang yang kau kata..Kami taat melakukan apa yang diperintahkan dengan mengumpulkan sebanyak banyaknya harta untuk menawan dunia katanya...KeampunanMu yang kami tuntut, kepadaMu tempat kami kembali nanti..menyerahkan urat darah roma kulit daging dan penat lelah juga peluh membusuk untuk orang besar pujaannya asalkan mereka berjaya mengumpul keduniaan harta dan kenikmatannya sedangkan diri sendiri tidak mampu membelikan susu anak anak dan tidak mampu menyekolahkan anak anak. Aku mempersembahkan diriku ini kepadamu wahai pemimpinku,guru mursyidku dengan agama islam yang suci ini, dengan syariat yang agung ini, dengan wirid keramat ini dan dengan kekeramatan sheikh kami yang amat berdaulat untuk mendaulahkan islam sebagai agama tertinggi dan menukarkan negara ini sebagai negara islam tapak daulah imamul mahdiy al muntadzar.
Semua orang tertanya tanya, terpinga pinga dengan kehebatan dan kemajuan yang dicapai oleh mereka dalam bidang perniagaan dan penerbitan juga dalam bidang mempengaruhi manusia untuk bersama mereka dalam menjayakan misi yang diperkatakan dan dibanggakan oleh mereka sebagai pemuda bani tamim yang telah bertemu dengan Rasulullah saw secara jaga. Sebagai persiapan menantikan imam mahdi yang akan memerintah dunia dari timur jauh.
Pengakuannya sebagai orang besar tuhan , wali akbar tuhan, sheikh mursyid, pengakuan bertemu sheikh suhaimi itu semua amat memalukan apabila akhirnya seorang tokoh wali jin mengkhabarkan kepada kami bahawa akan ada peristiwa besar kematian seorang dajjal pendusta yang ke dua puluh lima pada sangka sangka. Pembohong dan pendusta, sanggup menggadaikan maruah diri hanya dengan sedikit harta dunia yang tidak bernilai diakhirat itu menjadi tajuk agenda tersembunyi manusia tasawuf kononnya tapi gagal mentarbiah nafsu diri sendiri itu. Tetapi dalam masa yang sama beriya riya menyuruh dan melaungkan dengan bersungguh sungguh supaya pengikutnya sentiasa menjaga nafsu diri dan diperjuangkan dan dimujahadahkan agar tidak akan memprotes diri pemimpinnya semata mata.
Orang bertanya ustadz ini bekas ahli arqam ke ? ya, ohhhh..patutlah kecewa..Orang bertanya, Ustadz ini orang arqam ke..Eh Bukan,..Ohhh..patutlah belum pernah kenal dan menghayati Abuya. Sebelum orang bertanya saya jawab dulu, bahawa saya belum pernah walau sekali berjumpa, walaupun pernah ditawarkan berdiskus dua mata disaksikan yang lain dengannya. Saya tidak akan duduk bersama seorang yang amat mengecewakan hati kanjeng guru malah pernah disebut oleh kanjeng guru gusti sang perabu," Akan muncul manusia berpakaian serba hijau berjalan jalan di pasar, mencari tuhan tetapi mereka tidak menemuinya"..dengan arti baju hijau. Siapakah dia ? Itulah Arqam. Mencari tuhan tapi tidak berjumpa.
Walaupun kata kata itu datang dari guru di atasnya tetapi baginda sendiri menjelaskan bahawa baju hijau adalah arqam. Saya menambah bahawa yang dimaksudkan oleh beliau ialah Abuya Imam Asaari Muhamad Fata Attamimi yang berdusta sebagai pendusta kepada Allah dan rasul, matinya sebagai seorang munafik..
Daku pernah menemubual salah seorang ahli kerohanian dia menjawab begini," Asaari bukan pemuda bani tamim". Daku pernah mencari jin tertentu mereka tidak mengenalinya sebagai orang yang amat ditakuti jin di alam sana, bunian pun tahu perkara ini. Saya menyedarinya setelah gusti sang perabu menyampaikannya.
Daku pernah menyeru rohaniah Maksalmina, jika benar, mudah mudahan benar. Jawapannya NEGATIF..Sungguh isteri abuya dan anak mereka adalah pereka tipuan yang diilhamkan kepada mereka oleh jin jin tua yang menghurung Asaari semasa hidupnya dahulu. Mereka pula meniupkan hembusan jahat buat kali kedua ini untuk mempertahankan kebenaran mereka dan sekalian harta harta mereka yang banyak itu buat selama lamanya. Ini benar benar satu pendustaan yang sangat mungkar..mungkar..dan mungkar.
Orang bertanya ustadz ini bekas ahli arqam ke ? ya, ohhhh..patutlah kecewa..Orang bertanya, Ustadz ini orang arqam ke..Eh Bukan,..Ohhh..patutlah belum pernah kenal dan menghayati Abuya. Sebelum orang bertanya saya jawab dulu, bahawa saya belum pernah walau sekali berjumpa, walaupun pernah ditawarkan berdiskus dua mata disaksikan yang lain dengannya. Saya tidak akan duduk bersama seorang yang amat mengecewakan hati kanjeng guru malah pernah disebut oleh kanjeng guru gusti sang perabu," Akan muncul manusia berpakaian serba hijau berjalan jalan di pasar, mencari tuhan tetapi mereka tidak menemuinya"..dengan arti baju hijau. Siapakah dia ? Itulah Arqam. Mencari tuhan tapi tidak berjumpa.
Walaupun kata kata itu datang dari guru di atasnya tetapi baginda sendiri menjelaskan bahawa baju hijau adalah arqam. Saya menambah bahawa yang dimaksudkan oleh beliau ialah Abuya Imam Asaari Muhamad Fata Attamimi yang berdusta sebagai pendusta kepada Allah dan rasul, matinya sebagai seorang munafik..
Daku pernah menemubual salah seorang ahli kerohanian dia menjawab begini," Asaari bukan pemuda bani tamim". Daku pernah mencari jin tertentu mereka tidak mengenalinya sebagai orang yang amat ditakuti jin di alam sana, bunian pun tahu perkara ini. Saya menyedarinya setelah gusti sang perabu menyampaikannya.
Daku pernah menyeru rohaniah Maksalmina, jika benar, mudah mudahan benar. Jawapannya NEGATIF..Sungguh isteri abuya dan anak mereka adalah pereka tipuan yang diilhamkan kepada mereka oleh jin jin tua yang menghurung Asaari semasa hidupnya dahulu. Mereka pula meniupkan hembusan jahat buat kali kedua ini untuk mempertahankan kebenaran mereka dan sekalian harta harta mereka yang banyak itu buat selama lamanya. Ini benar benar satu pendustaan yang sangat mungkar..mungkar..dan mungkar.
YAQAZAH
Dakwa dirinya bertemu nabi saw SECARA YAQAZAH JAGA, bertemu para auliya, bertemu malaikat muqarrabiin dan para roh muslimin dan akhirnya mendakwa mengenal tuhan dan berasa kasih rindu dan cinta kepadanya. Sebenarnya hanya pendustaan dari mulut bibirnya semata mata. Istilah ini hanya berdiri pada diri roh manusia yang berjaya meletakkan diri di maqam yang tinggi dengan izin dan perkenan dari Allahu Rabbul Alamiin. Bukan dari reka reka perasaan yang ditiupkan hembusannya oleh dua tiga ekor jin besar dan jin jin tua yang senantiasa mengekorinya kemana sahaja dia berada.
MENGAKU DIRI WALI.
Pakaiannya yang menggambarkan seorang tokoh ulamak besar berserban besar melilit kepala. Janggutnya tebal berwarna putih beruban. Pakaiannya berlapis lapis pakaian dalam , luar dan yang paling luar adalah jubah tidak berjahit. Cara berpakaian umat yahudi bani israel zaman nabi ibrahim dan keturunannya ke bawah.
Pakaian asli bangsa Ibrani yang soleh soleh. Perkataannya membayangkan bahawa dirinya tahu mengenai masa akan datang dan perkara perkara yang telah berlalu. Kata katanya seolah olah mengetahui isi hati murid dan pengikut setianya, menyebabkan murid dan pengikutnya amat takut bila berhadapan dengannya.
Perbuatannya menghasilkan maunah dan karamah besar seperti layaknya seorang wali songo bahkab lebih hebat dari itu. Perkataannya masin, apa yang dikata semua terjadi. mereka pengikutnya tidak sedar, sebenarnya dia mendapat pertolongan dari syaitan syaitan yang kuat dan magik serba serbinya.
Para pengikutnya amat takut kepadanya apalagi yang membencinya terus terhukum dengan sendirinya. Nabi khidir terbelah dua tubuhnya, bercantum semula. Tetapi nabi Khidir menolak kebenaran sang pendusta mengaku sebagai nabi mengaku dialah tuhan seperti layaknya ahli sufi kemabukan konon tersutuh ( terlajak atau terpacul tanpa sedar ) kata kata seperti Mansur Al hallaj, Hamzah Fansuri, As Syibli dan banyak lagi menandakan dirinya wasil sampai ke sisi tuhan yang maha pengasih dan penyayang.
Sungguh, begitulah dusta yang dilakukan sehingga menarik minat ramai manusia ditambah dengan kebolehannya menurunkan hujan, mendatangkan makanan, memati dan menghidupkan semula mayat yang baru mati. Nauzubillahi min zalika.
Diri nafsunya 60 peratus menguasai diri. Diri rohnya 40 peratus terkalah nafsu, barang mustahil dirinya menepati ciri ciri seorang wali agung lagi keramat dan dimuliakan Allah. Mereka tertipu dengan pedaya dan pujukan syaitan yang tinggal di dalam tubuh mereka selama ini. Amatlah malangnya mereka tidak dapat kembali bertaubat ke pangkal jalan , tidak sempat bertaubat membetulkan kesalahan diri yang tersembunyi dan sengaja disembunyikan selama ini. Yang ditinggalkan pula mula mereka rekakan peristiwa dan rancangan baru juga datang dari hembusan dakyah syaitan syaitan itu yang pernah kami temui dahulu.
ZABIDI PERNAH MENULISKANNYA DAHULU.
Sungguh matinya terhina dan tersungkur dipintu syurga seperti yang pernah didakwa oleh Zabidi. Benar katanya,benar dakanya. Cuma beliau tidak menyangka bahawa ketua yang diperkatakannya itu sebenarnya adalah salah seorang yang tersenarai sebagai pendusta dajjal kecil dengan pengikut dari kaum bangsanya dengan menonjolkan keperibadian yang amat mulia sehingga manusia melihat keindahan yang ditunjukkannya. Tiada siapa yang mampu melakukannya pada waktu itu malah apa yang mereka lakukan menjadi ikutan seperti nasyidnya yang benar, pakaiannya yang benar, dan sistem perniagannya yang hebat, tetapi akidah kepercayaannya mengaku sebagai waliyullah dan pendaulah negara islam dan sering berjanji janji kedatangan imamul mahdi itu sebenarnya adalah dusta semata mata.
Manusia ini tergila gilakan pangkat kemasyhuran dan harta dunia sehingga tidak mampu memisahkan diri dari kesusahan, mahukan apa semua dapat segara, secara tunai. Apa tidaknya himpunan hartanya yang maha bertimbun timbun hanya anak anak yang hampir, isteri isterinya yang hampir, pemandu peribadinya yang hampir dan pembantu pembantunya yang hampir mungkin amat tahu rahsianya dan amat tahu berapa banyak simpanan hartanya di dalam bank terkemuka di luar negara. Dari kata dan perbuatannya tidak kelihatan maksud yang tersirat dan yang tersurat.
ROHNYA TERSIKSA.
Sehingga hari ini, ketika tulisan mengenainya belum terniat aku akhiri, rohnya diberitakan malah pernah diriku menyaksikan dia sedang disiksa di dalam kubur menggigil , menggigil , kesakitan, dengan raungan kecil menahan kepedihan dan raungan yang tidak teraung..saya takut melihat kejadian ini. Saya takut mengkhabarkan ini..Saya takut saya pula yang akan mengalami kejadian sepertinya. Ya Allah tiada adakah lagi tolak ansur kepadanya agar dikurangkan rasa sakit azabnya. Itu adalah doaku di dalam hati apabila berjaya menyerukan rohnya keluar dari kiubur dan menyaksikan keadaan dirinya yang amat terhina itu jauh dari disangka oleh para ahli keluarganya , para pengikutnya dan sebahagian besar umat muslimin dan muslimat seluruh dunia yang mengenalinya.
Walaupun begitu, mungkin saja saya ini mengada adakan cerita dengan kononnya kasyaf dapat melihat perkara perkara ghaib yang telah ditutup pengetahuannya dari diketahui oleh manusia supaya menjadi dugaan dan cabaran hambanya. Sebenarnya saya ini bukannya kasyaf, saya bukan ahli wali, bukan juga saya ini sheikh lagi mursyid yang boleh membimbing manusia serta dapat melihat hati manusia juga dapat melihat siksaan kubur. Tapi, hati hati dengan manusia itu yang saya pernah khabarkan dulu, mereka mampu merahsiakan kebolehan mereka dari pengetahuan kita manusia ramai. Saya menumpang kebaikan mereka alhamdulillah.
Tidak sah menafikan keberadaan tuhan buddha dan hindu itu sebagai bukan tuhan yang sebenar. Ini adalah kerana perkara itu sudah ternafi dari mula, jadi tidak ada asal untuk menafikan barang yang sudah ternafi dengan sendiri. Kita kembali menyelusuri ilmu kalam, ilmu usuluddin atau ilmu sifat yang dua puluh itu. Kenapa kita kesitu sebab, menafikan yang terang terang dusta itu tidak sah penafiannya kerana ia sudah ternafi. Mengapa perlu menafikan si Sai Baba, mengapa perlu menafikan Amerika Dajjal, mengapa perlu menafikan Israel yang sudah terang nyata sebagai pendusta. Begitu juga manusia yang lain yang nyata kafir ingkar kepada Allah. Tidak ada usul untuk menafikan mereka lagi kerana mereka sudah pun ternafi dari hal keadaannya mereka bukan yang boleh dipercaya kata katanya, perbuatannya dan apa sahaja kecuali perjanjian damai seperti mana yang pernah berlaku di awal awal islam.Jadi pada saya dan pada diri ahli usul menafikan barang yang sudah ternafi adalah tidak sah penafiannya. Yakni menafikan patung tuhan mereka itu sebagai bukan tuhan. Memang bukan tuhan, kenapa perlu dinafikan. Syiah perlu dinafikan, Hamas perlu dinafikan, Hizbullah perlu dinafikan kerana mereka adalah penyamar agama ini yang cuba mempengaruhi umat islam sedunia bahawa mereka adalah pejuang agama. Sebenarnya mereka menipu kita dengan kata kata dan tembakan membunuh yang terancang. Dalam pada itu berwaspadalah dengan Hizbut Tahrir yang kelihatan sibuk mempersiapkan diri menerima lantikan jawatan khalifah tertinggi diantara mereka. Akhirnya masing masing gila dengan pangkat khalifah tertinggi di dalam barisan senarai kepimpinan bayangannya. Bukankah khalifah itu milik allah dan rasul..
Sai Baba, Amerika, Israel dan sekalian yang pernah dicop sebagai dajjal besar sebenarnya bukan. Mereka bukan dajjal yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dalam ucapannya sekitar ribuan tahun dahulu. Apa yang dimaksudkan oleh baginda ialah suatu peringatan supaya berhati hati menghadapi kelompok manusia islam yang membanggakan diri bahawa mereka adalah pembawa kebenaran diakhir zaman dengan lagaknya yang sungguh tidak akan disangka sebagai dajjal kecil yang dijanjikan oleh Alllah subhanahu wataala. Mereka hanya proksi dajjal yang bersembunyi ketika ini di pergunungan Khurasan, tinggal mendiami bandar besarnya di dalam sana menantikan saat propagandanya hancur berkecai dimusnahkan oleh al mahdiy tidak lama lagi. Akan marah si dajjal itu mahu mengorak arik dunia ini setelah perancangan yang diatur dengan teliti dan saksama musnah berkecai terkena godaman sang penakluk dajjal imam mahdi al muntazar.
DAJJAL DAJJAL KECIL MUNCUL DENGAN PERSONALITI ISLAM.
Ketahuilah bahawasanya setiap diri 30 orang dajjal dajjal kecil yang diisyaratkan oleh Rasulullah saw itu berwatak mulia dimata manusia , besar jemaahnya, ramai pengikutnya, seolah olah berjaya dunianya, seolah olah baik syariatnya , keinginannya tersembunyi, hajatnya yang sebenar tertutup dengan kata dan tingkah lakunya. Pangkat kebesaran dunia impiannya termasuk gelaran gelaran besar dunia, tidak ketinggalan dirinya ingin dikenali sebagai syeikh yang majzub pemimpin kerohanian yang dikenali ramai. Berjaya mengumpulkan pengikut dari kalangan cerdik pandai dan berharta termasuk jutawan jutawan para usahawan kaya raya dengan tujuan dapat membantu dirinya dan jemaah rekaannya mengembang ke seluruh dunia mencari dan menyebarkan kebenaran melalui impiannya yang tersembunyi jauh dilipatan hati sanubarinya. Hanya Allah dan para malaikatnya mengetahui segala pendustaan dan penyelewengan yang telah dilakukan disebalik tabir terhadap para pengikutnya yang telah melarikan diri sebahagiannya bertaubat nasuha.
ADAKAH DAJJAL KECIL SEDAR BAHAWA DIRINYA ADALAH DAJJAL.
Si pendusta ini tidak sedar bahawa dirinya adalah tersenarai atau manusia yang ditakdirkan sebagai pendusta pendusta kecil sebelum si pendusta besar sampai. Difaham dari kata kata rohaniah ini maka akan didapati bahawa pendustaan dalam agama ini akan terus berlaku sehingga sampai waktunya si pendusta besar keluar. Maka selamanyalah syiah rafidhah dan yang sewaktunya akan tetap diikuti diakui benar dan diyakini bahawa mereka adalah benar dan menyampaikan akan faham mereka itu kepada wasil pada diri tuhannya. Berhati hatilah wahai saudara umat muslim diserata dunia jika terdengar atau terlihat sekumpulan manusia yang berjemaah atas nama islam, memanggil manggil kita supaya mengikutinya, membaiahnya dengan alasan bersatu menegakkan islam walhal mereka mencari jalan untuk berkuasa atas pangkat dan kuasa, perempuan dan harta wang ringgit ditambah dengan kata katanya yang menggoda manusia yang yang ingin mencari ketuhanan mendekatkan diri pada agama ini dengan kata kata sufi, maka jauhilah.
MENGAKU DIRI WALI.
Seolah olah dirinya wasil kepada tuhan dan menjadi kekasihNya yang hampir. Mereka dengan bersungguh sungguh mengaku bahawa mereka adalah waliyullah akhir zaman, wali besar yang menaungi wali wali yang lain. Mereka mengaku bahawa mereka adalah utusan tuhan kepada manusia ramai, Menyeru manusia dengan kebenaran agama sehingga sanggup menghantar surat kepada jabatan agama dan Yang Dipertuan Agung mengaku membawa khabar gembira untuk umat ini bahawa dirinya adalah orang utusan tuhan atau waliyullah akhir zaman. Meminta izin kepada imam masjid berkhutbah pada hari jumaat untuk menyampaikan kebenaran pelik itu dan jika dirinya tidak melakukannya maka katanya pankat kebesaran sebagai wali agung penyelamat umat akhir zaman itu akan ditarik balik oleh tuhan.
Saya amat hairan dengan orang orang seperti ini mengaku ngaku diri seorang wali atau membenarkan pengakuan murid bahawa dirinya seorang wali agung malah bangga dengan pengakuan murid muridnya. Saya hairan betapa mereka itu sanggup menggadaikan jiwa dan perasaan serta jasadnya untuk disembah manusia , untuk disanjung manusia, untuk dihormati oleh manusia, ketagih sangatkah mereka dengan sanjungan pangkat tuan sheikh atau tok guru kiyai yang sangat diminati oleh nafsu besar syaitan itu. Kenapa gila sangat mahu jadi seperti itu. Nak duit ke atau dah tak makan nasi dapur tak berasap? Jumpa saya biar kita kongsi sama rakan rakan jin di sini bagi duit atau saya pujuk orang bunian itu dengan kawan kawan yang ada ni bagi je duit tarik supaya jangan merepek repek nak jadi wali atau sheikh mursyid yang dikagumi memiliki karamah besar kononnya. Ini semua berpunca dari tersimpan hajat mencari kekayaan dunia kebanyakannya. Sufi yang dicanang canang sufi kutip derma. Dikata dajjal ( Dusta) tidak mahu menerima. Habis semua manusia tertipu. pemimpin tarikat luar negara pun ikut tertipu..Masing masing kena tipu sibisu yang ditarik balik suara dan lisannya akibat terlalu banyak menipu. Berkata dusta atas Allah dan Rasul saw.
BAGAIMANA PULA SANG DAJJAL BESAR ITU NANTI ?
Maka ini dikhabarkan bahawa kemunculan sang dajjal atau sang pendusta agama besar yakni al masikhud dajjal itu berwatak sebagai manusia yang sangat baik. Dia mempamirkan perilaku dan kata kata yang mempesona dalam hal agama islam lebih lebih lagi kata katanya mirip seperti kata tokoh tokoh besar ahli sufi pada zaman sebelumnya.Pakaiannya yang menggambarkan seorang tokoh ulamak besar berserban besar melilit kepala. Janggutnya tebal berwarna putih beruban. Pakaiannya berlapis lapis pakaian dalam , luar dan yang paling luar adalah jubah tidak berjahit. Cara berpakaian umat yahudi bani israel zaman nabi ibrahim dan keturunannya ke bawah.
Pakaian asli bangsa Ibrani yang soleh soleh. Perkataannya membayangkan bahawa dirinya tahu mengenai masa akan datang dan perkara perkara yang telah berlalu. Kata katanya seolah olah mengetahui isi hati murid dan pengikut setianya, menyebabkan murid dan pengikutnya amat takut bila berhadapan dengannya.
Perbuatannya menghasilkan maunah dan karamah besar seperti layaknya seorang wali songo bahkab lebih hebat dari itu. Perkataannya masin, apa yang dikata semua terjadi. mereka pengikutnya tidak sedar, sebenarnya dia mendapat pertolongan dari syaitan syaitan yang kuat dan magik serba serbinya.
Para pengikutnya amat takut kepadanya apalagi yang membencinya terus terhukum dengan sendirinya. Nabi khidir terbelah dua tubuhnya, bercantum semula. Tetapi nabi Khidir menolak kebenaran sang pendusta mengaku sebagai nabi mengaku dialah tuhan seperti layaknya ahli sufi kemabukan konon tersutuh ( terlajak atau terpacul tanpa sedar ) kata kata seperti Mansur Al hallaj, Hamzah Fansuri, As Syibli dan banyak lagi menandakan dirinya wasil sampai ke sisi tuhan yang maha pengasih dan penyayang.
Sungguh, begitulah dusta yang dilakukan sehingga menarik minat ramai manusia ditambah dengan kebolehannya menurunkan hujan, mendatangkan makanan, memati dan menghidupkan semula mayat yang baru mati. Nauzubillahi min zalika.
Published by TuanKelarias
on Ahad, Mei 30, 2010
RAHSIA KEAJAIBAN MOLEKUL AIR DAN AIR ZAMZAM
Firman Allah S.W.T :
“Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup”
(Surah Al-Anbia, ayat 30 )
Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat peka sekali dalam menjalankan perintah Tuhannya!
Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?
Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik. Air sebenarnya boleh merakam setiap bunyi gema getaran yang dihadirkan kepadanya dengan baik termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks. Air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.
Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan mengikut tradisi agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian ia diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.
Ujikaji diulangi dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “syaitan”, maka molekul air berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, molekul kristal air itu terus hancur. Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika diuji dengan dibacakan doa Islam,kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!
Punca Air Zam Zam |
Semasa di suatu seminar yang rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emotomenunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk dan berkata “Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”. Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan.
Di dalam bukunya iaitu "The Hidden Message in Water", Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air mempunyai sifat yang boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat konsentrasi yang diberikan oleh pemberi pesanan (contoh pembaca doa perubatan menggunakan air) maka akan semakin kuat dan berkesan rakaman yang dirakamkan pada molekul air berkenaan. Maka air itu boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain.
Penemuan ini menjelaskan air putih yang didoakan mampu menyembuhkan penyakit mengikut bacaan dan niat. Air berkemampuan untuk menangkap pesanan dan niat doa untuk penyembuhan penyakit lalu dipindahkan pesanan dan niat itu kepada molekul air yang ada dalam badan pesakit itu contohnya kepada molekul cecair darah. Tubuh manusia terdiri daripada 75% air. Otak mempunyai 74.5% air, Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandungi 22% air.
Rasulullah saw, bersabda, "ZamZam Lima Syuriba Lahu," maksudnya Air zam zam akan melaksanakan pesanan dan niat orang yang meminumnya. Barang siapa yang meminumnya untuk merasa kenyang, dia akan berasa kenyang. Barang siapa yang meminumnya dengan niat untuk penyembuhan, InsyaAllah dia akan sembuh.
Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalahstrukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.
Molekul Air Zam Zam |
Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkandung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus diniatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita dengari akan jemaah yang tersesat daripada dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikkan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!
Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu dan mempercayai tanpa ragu akan rahsia kehebatan air zam zam ini sahajalah yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air zam zam ini.
Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf 7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.
Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang ke arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana “alam pada diri manusia” itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman.
Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk sambil membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah” yang “berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu. Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!
Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran.
Persetubuhan, suami isteri wajib mandi wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis.
Adakah anda tahu 60-70% daripada badan manusia terdiri daripada unsur cecair (air)? Cuba anda bayangkan bentuk molekul air dalam badan anda jika anda membuat sesuatu perkara yang positif atau negatif? Dan setiap perkara pasti ada kesannya maka apakah kesannya pula terhadap diri anda jika anda membuat sesuatu perkara yang positif atau negatif? Muhasabah dirilah kita bersama-sama.
Menurut Ustaz Zamri, jika kita melakukan atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak cantik’. Apakan akan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga kacau seperti molekul air itu, rasa tidak tenang. Jika kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat kerja-kerja yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi tenang seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau yang telah dibuktikan melalui bacaan ayat suci alquran yang dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama . Wallahua’lam..
Apakah pandangan anda? Marilah kita berfikir sejenak tentang kebesaran ALLAH ini!
SEDEKAH AL FATIHAH
ASLM. BISMILLAHIRROHMAANIRROHIM
PARA SESEPUH DAN SEDULUR SMUA MARI KITA SEJENAK MENUNDUKAN KEPALA, MERESAPI PENUH PENGHAYATAN, DAN MNGIRIM DOA KEPADA ORANG TERCINTA KITA, KEPADA NABI DAN ROSUL KITA,KEPADA SAHABAT2, KEPADA MALAIKAT, KEPADA WALI2 ALLAH, KEPADA GURU2 KITA, KEPADA SEMUA MASALAH AGAR DIBERI JALAN KELUAR DARIPADANYA, DLL.
JIKA KITA TIDAK BISA BERSEDEKAH DENGAN HARTA, DENGAN TENAGA, BAHKAN DENGAN SENYUMAN, MARILAH KIRA SAMA2 BERSEDEKAH DENGAN AL FATIHAH KEPADA SAUDARA2 KITA. JIKA SDH TIDAK MAMPU MELAKUKAN SEMUANYA MAKA AKAN SOMBONG SEKALI DIRI KITA INI SEHINGGA SEDEKAH DOA PUN TIDAK KITA LAKUKAN. NAUZUBILLAH
MANFAAT DAN KEAJAIBAN SEDEKAIH SANGAT BANYAK DAN BESAR SEKALI,,,,!!! DIANTARANYA, MNGUBAH TAKDIR, MENGHILANGKAN BAHAYA, MENGHAPUS DOSA, MENAMBAH PAHALA, MENAMBAH AMAL KEBAIKAN, DLL.
THREAD INI DIBUAT AGAR KITA SEMUA KEMBALI KEPADA ALLAH ATAS APA YG TERJADI KEPADA KITA. SMOGA KITA SMUA MENJADI ORANG2 YG SLALU DEKAT DENGAN ALLAH SWT. AAMIIN.
SURAT AL FATIHAH
1. Bismillahirrahmaanirrahiim
2. Alhamdulillaahi Rabbil ‘aalamiin
3. Ar Rahmaani rrahiim
4. Maaliki yaumid diin
5. Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin
6. Ihdinas shiraatal mustaqiim
7. Siraathal ladzii na’an ‘amta ‘alaihim, ghairil maghduu bi’alaihim, walad dhaalliin
Artinya (ini sekedar terjemahan bebas saya) :
1. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Rahman (Pengasih) dan Maha Rahiim (Penyayang)
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan alam semesta
3. Yang Maha Rahman (Pengasih) dan Maha Rahiim (Penyayang)
4. Raja/Penguasa di hari “ad-diin’ (pembalasan/kiamat)
5. Hanya padamu kami menyembah, dan hanya padamu kami memohon pertolongan
6. Tunjukkan kami “Shiraatal Mustaqiim” (Jalan Lurus)
7. Jalan yang penuh nikmat kepada mereka, bukan yang Engkau murkai pada mereka, bukan juga yang sesat
SILAHKAN MENGUTARAKAN PERMASALAHAN ATAU HAJAT DENGAN KEAJAIBAN AL FATIHAH.
HAJAT UMUM:
1. KUATKAN IMAN DAN ISLAM
2. DIPERMUDAH N DIDEKATKAN RIZKI YG HALAL DAN BAROKAH
3. SEHAT JASMANI ROHANI DAN DINAIKAN DERAJAT
4. PERMUDAH SEMUA HAJAT DAN URUSAN
ILLA HADHROTI,,,,,,,(HAJAT/PERMASALAHAN/ORANG/DLL),,,,,,, AL FAATIHAAH…..
oleh dead man
Siapakah Mastafa Kamal Ataturk
Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.
Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
cara melihat Aura
Ramai orang menyangka aura seseorang hanya dapat dilihat dengan kekuatan batin tingkat tinggi, atau dengan bantuan khodam (jin dan makhluk halus). Yang lebih moden, aura dapat dilihat dengan jelas menggunakan kamera khas. Tapi tahukah anda, aura sebenarnya dapat dilihat dengan mata kasar. Tips di bawah ini akan menerangkan cara-cara bagaimana untuk melihat aura seseorang. Namun sebelum kita melangkah lebih jauh, ada baiknya kita lihat sejenak mengenai apakah dan bagaimanakah sifat aura itu. Maksudnya agar kita tidaktersalah pemahaman tentang aura.
Ada beberapa hal penting yang berkaitan dengan aura :
Aura manusia selalu berubah-ubah sesuai dengan kematangan dan keperibadian seseorang.
Aura manusia berwarna-warni sesuai dengan keperibadian dan kehidupan seseorang. Masing-masing warna aura menunjukkan keperibadian yang berbeza.
Panjang pendeknya aura dapat dikesan dengan panca indera biasa seperti kulit ataupun dengan alatan pengesan aura.
Aura seseorang dapat mempengaruhi serta dipengaruhi oleh persekitaran. Ia dapat bertambah dan berkurang kerana faktor persekitaran.
Ada beberapa perkara yang dapat dilakukan agar pancaran aura seseorang tetap bersinar, diantaranya ialah:
1. Makan makanan yang halal, baik dan tidak berlebihan.
2. Melakukan senaman dan olahraga yang cukup dan teratur.
3. Memenuhi keperluan tubuh seperti mendapatkan udara segar.
4. Istirehat yang cukup, mengurangkan tabiat rokok, alkohol dan ubat terlarang.
5. Menjauhi gerak hati, gerak fikir dan kegiatan-kegiatan yang negatif.
6. Menjauhi sikap hati yang kasar, mudah marah sebaliknya membanyakkan rasa kasih sayang.
Sekarang, mari kita melakukan latihan melihat aura. Sebelum melihat aura orang lain, ada beberapa urutan latihan yang harus dilakukan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
1. Melihat Aura Dengan Jari Tangan
Carilah tembok yang berwarna putih, lalu duduklah dengan tenang pada jarak 1/2 meter dari tembok. Ambil nafas sebanyak mungkin dan tahan selama mungkin. Lakukan sebanyak 5 kali. Gosoklah kedua telapak tangan hingga terasa hangat. Rapatkan masing-masing jari tangan kanan dan kiri saling berpasangan. Letakkanlah kedua tangan yang masih berpasangan tadi 30 cm di depan mata dengan latar belakang tembok berwarna putih. Renggangkanlah perlahan-lahan kedua telapak tangan saling menjauh. Perhatikanlah, antara kedua ujung jari tadi akan mengeluarkan garis cahaya putih. Itulah aura yang memancar dari ujung jari kita.
2. Melihat Aura Dengan Telapak Tangan
Tariklah nafas dan gosokkanlah kedua telapak tangan seperti pada cara No. 1. Tempelkanlah salah satu telapak tangan pada tembok yang berwarna putih. Tariklah nafas, tahan dan hembuskanlah. Lepaskan telapak tangan dari tembok. Amatilah bekas telapak tangan yang tertinggal ditembok. Itulah aura yang memancar dari telapak tangan dan lama kelamaan akan larut dalam aura alam.
3. Melihat Aura Diri Sendiri
Letakkanlah cermin besar dihadapan kita. Duduklah dengan tenang. Usahakanlah latar belakang tembok berwarna putih dan penerangan berupa lampu neon. Tariklah nafas sebanyak mungkin dan tahanlah selama mungkin. Ulangilah sebanyak 5 kali. Tataplah bayangan diri kita yang ada di cermin. Pandangan mata diusahakan tidak melihat tubuh maupun bayangan tubuh, namun lihatlah batas tepian kepala dengan latar belakang tembok. Setelah pandangan mata kita terfokus, maka perlahan-lahan dari kepala dan bahu akan keluar cahaya aura kita. Sinar yang pertama kali terlihat, biasanya berwarna putih. Putih ini biasanya bukan merupakan warna aura kita yang sesungguhnya, melainkan dari warna aura yang sesungguhnya. Tataplah terus sampai kita melihat warna lain yang tidak berubah. Setelah berhasil, mulailah untuk melihat aura orang lain.
4. Melihat Aura Orang Lain
Mintalah bantuan seseorang yang akan menjadi objek untuk berdiri didepan tembok yang berwarna putih. Usahakanlah penerangan di dalam ruangan dibuat remang-remang atau redup. Berdirilah lebih kurang 3 meter di depan objek. Fokuskanlah pandangan mata pada bagian tepi kepala dan bahu objek. Perlahan-lahan akan keluar sinar aura dari tepi kepala objek. Fokuskanlah pandangan pada seluruh tepian tubuh objek, maka seluruh tubuh objek akan memancarkan warna aura.
Ada beberapa hal penting yang berkaitan dengan aura :
Aura manusia selalu berubah-ubah sesuai dengan kematangan dan keperibadian seseorang.
Aura manusia berwarna-warni sesuai dengan keperibadian dan kehidupan seseorang. Masing-masing warna aura menunjukkan keperibadian yang berbeza.
Panjang pendeknya aura dapat dikesan dengan panca indera biasa seperti kulit ataupun dengan alatan pengesan aura.
Aura seseorang dapat mempengaruhi serta dipengaruhi oleh persekitaran. Ia dapat bertambah dan berkurang kerana faktor persekitaran.
Ada beberapa perkara yang dapat dilakukan agar pancaran aura seseorang tetap bersinar, diantaranya ialah:
1. Makan makanan yang halal, baik dan tidak berlebihan.
2. Melakukan senaman dan olahraga yang cukup dan teratur.
3. Memenuhi keperluan tubuh seperti mendapatkan udara segar.
4. Istirehat yang cukup, mengurangkan tabiat rokok, alkohol dan ubat terlarang.
5. Menjauhi gerak hati, gerak fikir dan kegiatan-kegiatan yang negatif.
6. Menjauhi sikap hati yang kasar, mudah marah sebaliknya membanyakkan rasa kasih sayang.
Sekarang, mari kita melakukan latihan melihat aura. Sebelum melihat aura orang lain, ada beberapa urutan latihan yang harus dilakukan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
1. Melihat Aura Dengan Jari Tangan
Carilah tembok yang berwarna putih, lalu duduklah dengan tenang pada jarak 1/2 meter dari tembok. Ambil nafas sebanyak mungkin dan tahan selama mungkin. Lakukan sebanyak 5 kali. Gosoklah kedua telapak tangan hingga terasa hangat. Rapatkan masing-masing jari tangan kanan dan kiri saling berpasangan. Letakkanlah kedua tangan yang masih berpasangan tadi 30 cm di depan mata dengan latar belakang tembok berwarna putih. Renggangkanlah perlahan-lahan kedua telapak tangan saling menjauh. Perhatikanlah, antara kedua ujung jari tadi akan mengeluarkan garis cahaya putih. Itulah aura yang memancar dari ujung jari kita.
2. Melihat Aura Dengan Telapak Tangan
Tariklah nafas dan gosokkanlah kedua telapak tangan seperti pada cara No. 1. Tempelkanlah salah satu telapak tangan pada tembok yang berwarna putih. Tariklah nafas, tahan dan hembuskanlah. Lepaskan telapak tangan dari tembok. Amatilah bekas telapak tangan yang tertinggal ditembok. Itulah aura yang memancar dari telapak tangan dan lama kelamaan akan larut dalam aura alam.
3. Melihat Aura Diri Sendiri
Letakkanlah cermin besar dihadapan kita. Duduklah dengan tenang. Usahakanlah latar belakang tembok berwarna putih dan penerangan berupa lampu neon. Tariklah nafas sebanyak mungkin dan tahanlah selama mungkin. Ulangilah sebanyak 5 kali. Tataplah bayangan diri kita yang ada di cermin. Pandangan mata diusahakan tidak melihat tubuh maupun bayangan tubuh, namun lihatlah batas tepian kepala dengan latar belakang tembok. Setelah pandangan mata kita terfokus, maka perlahan-lahan dari kepala dan bahu akan keluar cahaya aura kita. Sinar yang pertama kali terlihat, biasanya berwarna putih. Putih ini biasanya bukan merupakan warna aura kita yang sesungguhnya, melainkan dari warna aura yang sesungguhnya. Tataplah terus sampai kita melihat warna lain yang tidak berubah. Setelah berhasil, mulailah untuk melihat aura orang lain.
4. Melihat Aura Orang Lain
Mintalah bantuan seseorang yang akan menjadi objek untuk berdiri didepan tembok yang berwarna putih. Usahakanlah penerangan di dalam ruangan dibuat remang-remang atau redup. Berdirilah lebih kurang 3 meter di depan objek. Fokuskanlah pandangan mata pada bagian tepi kepala dan bahu objek. Perlahan-lahan akan keluar sinar aura dari tepi kepala objek. Fokuskanlah pandangan pada seluruh tepian tubuh objek, maka seluruh tubuh objek akan memancarkan warna aura.
Subscribe to:
Posts (Atom)